Versi:v20260820

Dasar Privasi Am Xiaomi

Dasar Privasi Am kami telah dikemaskini pada 31 Julai 2026.

Sila luangkan masa untuk membiasakan diri anda dengan amalan privasi kami dan maklumkan kepada kami jika anda mempunyai sebarang soalan.

Gambaran Keseluruhan

1. Pengenalan

2. Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat peribadi?

3. Apakah maklumat peribadi yang kami kumpulkan dan gunakan, dan apakah tujuannya?

4. Bagaimanakah kami berkongsi maklumat peribadi anda?

5. Apakah asas undang-undang untuk memproses maklumat peribadi anda?

6. Apakah perlindungan keselamatan kami untuk melindungi maklumat peribadi anda?

7. Berapa lamakah maklumat peribadi anda akan disimpan?

8. Bagaimanakah cara anda mengurus keutamaan privasi anda?

9. Apakah hak perlindungan data anda?

10. Bagaimanakah cara menggunakan hak perlindungan data anda dan menghubungi kami?

11. Bagaimanakah maklumat peribadi anda dipindahkan secara global?

12. Bagaimanakah kami melindungi maklumat peribadi individu di bawah umur?

13. Adakah anda harus bersetuju dengan sebarang terma dan syarat pihak ketiga?

14. Bagaimanakah kami mengemaskinikan Dasar Privasi ini?

1. Pengenalan

Xiaomi Communications Co., Ltd., bersama-sama dengan syarikat gabungan kami di seluruh dunia (secara kolektif, “Xiaomi”, “kami”, “kita” atau “milik kami”), menganggap privasi sebagai nilai teras dan menjadikan perlindungan privasi anda sebagai keutamaan tertinggi kami. Walaupun setiap produk atau perkhidmatan Xiaomi mungkin mempunyai dasar privasi tersendiri, kami telah meringkaskan beberapa aspek penting dalam Dasar Privasi ini. Dengan cara ini, anda boleh mengakses maklumat dengan cepat dalam dua lapisan: versi yang lebih ringkas di sini dan versi yang lebih terperinci dan khusus dengan merujuk kepada dasar privasi produk dan/atau perkhidmatan yang anda minati.

Sila ambil perhatian bahawa pemprosesan maklumat peribadi yang dijalankan oleh Xiaomi mungkin berbeza bergantung kepada produk dan/atau perkhidmatan tersebut serta ciri yang digunakan dan konfigurasi yang dipilih oleh setiap pengguna. Sila rujuk pernyataan privasi atau notis tambahan yang terpakai bagi produk atau perkhidmatan berkenaan (“Notis Privasi Produk”). Ia menerangkan cara produk atau perkhidmatan tersebut memproses maklumat peribadi anda, cara melaksanakan hak anda, identiti pengawal data yang berkaitan dan cara menghubungi mereka. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Notis Privasi Produk akan mengatasi Dasar ini bagi produk atau perkhidmatan berkenaan; jika tiada percanggahan, Dasar ini akan terpakai.

Secara dasarnya, kami inginkan yang terbaik untuk semua pengguna kami. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang amalan pemprosesan data kami seperti yang diringkaskan dalam Dasar Privasi ini, sila hubungi kami melalui https://privacy.mi.com/support untuk menjawab pertanyaan tertentu anda. Kami mengalu-alukan respons daripada anda.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat peribadi?

Menurut Dasar Privasi ini, “maklumat peribadi” bermaksud maklumat yang boleh digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk mengenal pasti identiti seseorang individu, sama ada berdasarkan maklumat itu semata-mata atau berdasarkan maklumat tersebut yang digabungkan dengan maklumat lain tentang individu tersebut yang tersedia kepada Xiaomi, melainkan sebaliknya diberikan secara khusus oleh undang-undang yang berkenaan di rantau anda. Antaranya termasuklah maklumat seperti nama, butiran hubungan, nombor pengenalan, data lokasi atau pengecam dalam talian (cth. ID Akaun Xiaomi). Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi ini, Notis Privasi Produk yang terpakai dan undang-undang yang berkenaan.

3. Apakah maklumat peribadi yang kami kumpulkan dan gunakan, dan apakah tujuannya?

3.1 Pengumpulan maklumat peribadi daripada anda

Pemprosesan maklumat peribadi yang dijalankan oleh Xiaomi mungkin berbeza bergantung kepada produk dan/atau perkhidmatan tersebut serta ciri yang digunakan dan konfigurasi yang dipilih oleh setiap pengguna. Oleh itu, apabila anda menggunakan produk atau perkhidmatan kami, maklumat peribadi anda akan diproses untuk menyediakan produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta.

Walaupun anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam Notis Privasi Produk yang berkenaan bagi produk dan/atau perkhidmatan yang anda gunakan, sebab utama kami mengumpulkan maklumat peribadi adalah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan pilihan anda. Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan mungkin berbeza bergantung pada produk atau perkhidmatan, peranti, ciri yang didayakan serta negara atau rantau. Oleh itu, tidak semua maklumat yang disenaraikan di bawah dikumpulkan dalam setiap keadaan.

Bergantung pada perkhidmatan yang anda pilih, kami mungkin mengumpulkan jenis-jenis maklumat berikut:

3.1.1 Maklumat yang anda berikan kepada kami

Kami mungkin akan mengumpulkan apa-apa maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami, yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda pilih. Bergantung pada perkhidmatan tersebut, ini mungkin termasuk:

  • **Data Identiti & Akaun: **Apabila anda membuat akaun atau profil dengan kami, kami mungkin meminta maklumat seperti nama, nama panggilan, ID Akaun Xiaomi, tarikh lahir, jantina, kewarganegaraan, foto profil, pekerjaan dan maklumat berkaitan keselamatan yang anda berikan, jika berkenaan. Dalam sesetengah bidang kuasa, kami mungkin meminta dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau maklumat lain yang dapat mengesahkan identiti anda berdasarkan keperluan pendaftaran akaun menggunakan nama sebenar, kredit atau pembayaran internet, atau keperluan lain yang berkenaan.
  • **Data Kenalan: **Sekiranya anda membuat pesanan bagi produk atau perkhidmatan berbayar daripada kami, kami juga akan meminta alamat e-mel, nombor telefon mudah alih, alamat penghantaran atau surat-menyurat serta ID media sosial anda. Perkhidmatan tertentu membolehkan anda berkomunikasi dan berkongsi maklumat dengan orang lain. Bagi mendayakan perkhidmatan tersebut, kami mungkin memproses maklumat seperti nombor telefon pengirim dan penerima.
  • **Data Kewangan dan Transaksi: **Sekiranya anda membuat pesanan bagi produk atau perkhidmatan berbayar daripada kami, kami juga akan meminta maklumat seperti butiran pesanan, butiran pengebilan, nombor akaun bank, nama pemegang akaun dan nombor kad kredit.
  • **Komunikasi dengan Kami: **Maklumat yang anda berikan apabila anda berinteraksi dengan kami, kandungan kami, atau aktiviti pemasaran atau promosi kami (seperti rakaman suara, kandungan mesej, rekod panggilan, sejarah e-mel/sembang, bahan seperti video dan foto yang anda serahkan, maklum balas pengguna untuk perkhidmatan atau tinjauan).

3.1.2 Maklumat yang kami kumpulkan semasa anda menggunakan perkhidmatan

  • Peranti dan Maklumat Penggunaan. Maklumat peranti anda, termasuk peranti yang bersambung (seperti pengeluar dan model) dan maklumat perisian (seperti sistem pengendalian dan versi-versi perisian), IMEI/OAID dan ID peranti unik lain (seperti nombor siri (SN), alamat MAC, alamat IP, ID pengiklanan (cth., untuk peranti mudah alih, GAID dan Android ID)), maklumat berkaitan SIM (cth., nombor IMSI, pengendali kad SIM dan kawasan lokasinya), ID Ruang, maklumat paparan skrin, maklumat pad kekunci peranti, masa pengaktifan peranti, maklumat perkakasan asas, saluran jualan, metrik prestasi (seperti CPU, rangkaian, penyimpanan, penggunaan bateri, resolusi skrin dan suhu peranti, model lensa kamera, bilangan kali skrin dikejutkan atau dibuka kunci), dan tetapan peranti yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan.
  • **Maklumat Rangkaian Mudah Alih, **seperti pengendali rangkaian, jenis sambungan, maklumat lokasi termasuk kod negara mudah alih, kod rangkaian mudah alih, kod kawasan lokasi dan identiti sel.
  • Maklumat berkaitan dengan Penggunaan Aplikasi Anda, termasuk pengecam unik bagi aplikasi (contohnya VAID, OAID, AAID dan ID Tika) serta maklumat asas tentang aplikasi yang dipasang pada peranti anda, seperti senarai aplikasi, maklumat ID aplikasi, versi SDK, tetapan kemas kini sistem, tetapan sistem dan/atau aplikasi (negara dan wilayah, bahasa, zon waktu, fon), maklumat log masuk, masa aplikasi dibuka atau ditutup, rekod status aplikasi (contohnya memuat turun, memasang, mengemas kini atau memadam), alamat IP, status rangkaian serta maklumat tentang cara anda menggunakan dan berinteraksi dengan aplikasi, kandungan dan perkhidmatan, seperti sejarah pelayaran dan main balik, pertanyaan carian, maklumat penyedia atau sumber kandungan, paparan dan pendedahan kandungan, mod dan tempoh tontonan, kekerapan interaksi dengan kandungan atau ciri, langganan serta tindakan seperti memberikan suka, penilaian, lencana, komen, menambah kepada kegemaran, perkongsian atau klik.
  • **Maklumat Lokasi (hanya untuk perkhidmatan/ciri tertentu):**pelbagai jenis maklumat tentang lokasi tepat atau anggaran anda sekiranya anda menggunakan perkhidmatan berkaitan lokasi (seperti navigasi, cuaca, Cari Peranti dsb.). Maklumat ini mungkin termasuk rantau, kod negara, kod bandar, kod rangkaian mudah alih, kod negara mudah alih, identiti sel, maklumat longitud dan latitud, tetapan zon waktu, dan tetapan bahasa. Anda boleh mengehadkan akses setiap aplikasi kepada maklumat lokasi pada bila-bila masa melalui Tetapan > Aplikasi > Kebenaran > Kebenaran > Lokasi.
  • Maklumat log: Maklumat diagnostik, teknikal, ralat dan penggunaan yang berkaitan dengan penggunaan ciri, aplikasi dan laman web tertentu oleh anda. Ini mungkin termasuk kuki dan teknologi pengecam lain, alamat IP, maklumat permintaan rangkaian, sejarah mesej sementara, log sistem standard, maklumat ranap serta maklumat log yang dijana melalui penggunaan sesuatu perkhidmatan (seperti masa pendaftaran, masa akses, masa aktiviti dan sebagainya).
  • **Penyegerakan Maklumat dengan Awan: **Bahan atau data mungkin disegerakkan apabila anda menggunakan perkhidmatan awan untuk akses dan perkongsian, seperti foto, video, nota, kenalan, kalendar dan kandungan janaan pengguna yang lain yang berkaitan dengan Akaun Xiaomi anda. Kami akan melarang mana-mana pekerja kami atau mana-mana pihak ketiga daripada mengakses secara langsung kandungan maklumat peribadi anda tanpa persetujuan anda.
  • Maklumat Lain: nilai ciri persekitaran (Environmental Characteristics Value, ECV) (iaitu nilai yang dijana daripada ID Akaun Xiaomi, ID peranti, ID Wi-Fi yang disambungkan dan maklumat lokasi).

Anda tidak diwajibkan untuk memberikan maklumat peribadi yang kami minta. Namun, jika anda memilih untuk tidak berbuat demikian, dalam keadaan tertentu kami tidak akan dapat menyediakan produk atau perkhidmatan kami kepada anda atau memberikan respons terhadap permintaan anda.

3.1.3 Maklumat daripada sumber pihak ketiga

Apabila dibenarkan oleh undang-undang, kami akan mengumpulkan maklumat tentang anda daripada sumber awam atau sumber komersial yang sah. Contohnya:

  • Data Pengesahan untuk Keselamatan dan Pencegahan Penipuan: maklumat (seperti nombor telefon anda) yang kami sahkan melalui sumber pihak ketiga yang sah dengan kebenaran anda.
  • Data Pengoptimuman Pengiklanan: pengecam unik (seperti IMEI, OAID, atau GAID) yang diperolehi daripada pengiklan, dan, dalam keadaan tertentu, sebahagian data prestasi penukaran (seperti klik) yang sepadan dengan penggunaan anda terhadap perkhidmatan pengiklanan.
  • Maklumat Akaun Rangkaian Sosial Pihak Ketiga: ID akaun, nama panggilan, foto profil dan alamat e-mel, apabila anda menggunakan akaun rangkaian sosial untuk log masuk ke perkhidmatan Xiaomi.
  • Maklumat tentang Anda yang Diberikan oleh Pengguna Lain: contohnya, alamat penghantaran anda yang mungkin diberikan oleh seorang pengguna lain kepada kami apabila dia membeli produk untuk anda melalui perkhidmatan mi.com.

3.1.4 Maklumat bukan pengenalan diri

Kami juga boleh mengumpulkan jenis maklumat lain yang tidak dipautkan secara langsung atau tidak langsung kepada individu dan yang tidak boleh ditakrifkan sebagai maklumat peribadi menurut undang-undang tempatan yang berkenaan. Maklumat tersebut dikenali sebagai maklumat bukan pengenalan diri. Kami mungkin mengumpul, menggunakan, memindahkan dan mendedahkan maklumat yang tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara peribadi. Berikut ialah beberapa contoh maklumat yang kami kumpulkan dan cara kami mungkin menggunakannya dalam bentuk agregat yang tidak membolehkan anda dikenal pasti secara peribadi:

  • Maklumat ini mungkin termasuk data statistik yang dijana apabila anda menggunakan perkhidmatan tertentu (contohnya, maklumat berkaitan peranti yang tidak membolehkan anda dikenal pasti, penggunaan harian, lawatan ke halaman, tempoh akses halaman dan peristiwa sesi);
  • Data pemantauan rangkaian (contohnya, masa permintaan, bilangan permintaan atau permintaan ralat, dsb.);
  • Peristiwa ranap aplikasi (cth., log yang dijana secara automatik selepas aplikasi ranap).

Tujuan pengumpulan sedemikian adalah untuk meningkatkan perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda. Jenis dan jumlah maklumat yang dikumpulkan akan bergantung pada cara anda menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami.

Kami mengagregatkan maklumat ini untuk memberikan anda maklumat yang lebih berguna dan memahami bahagian tertentu dalam laman web, produk dan perkhidmatan kami yang paling anda minati. Sebagai contoh, kami mungkin perlu mengetahui bilangan pengguna yang aktif dalam sehari, tetapi tidak perlu mengetahui identiti pengguna yang aktif pada hari tersebut. Oleh itu, data agregat sudah memadai untuk tujuan analisis statistik. Kami akan berusaha untuk mengasingkan maklumat peribadi anda daripada maklumat bukan pengenalan diri dan memastikan bahawa kedua-dua jenis data digunakan secara berasingan. Namun, sekiranya kami menggabungkan maklumat yang tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara peribadi dengan maklumat peribadi, maklumat yang digabungkan tersebut akan dianggap sebagai maklumat peribadi di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan dan Dasar Privasi ini, selagi maklumat tersebut kekal digabungkan.

3.2 Cara kami menggunakan maklumat peribadi yang kami kumpulkan

Bergantung kepada produk atau perkhidmatan yang anda gunakan, kami mungkin memproses maklumat peribadi untuk satu atau lebih tujuan berikut:

  • Mengaktifkan dan mendaftar produk atau perkhidmatan Xiaomi yang anda beli untuk anda.

  • Mencipta dan menyelenggara Akaun Xiaomi anda untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta.

  • Menyediakan, memproses, menyelenggara, menambah baik dan membangunkan produk dan/atau perkhidmatan kami untuk anda, seperti penghantaran, pengaktifan, pengesahan, pemberitahuan tentang kemas kini dan pemasangan sistem/aplikasi, sokongan selepas jualan serta sokongan pelanggan.

  • Melaksanakan dan mengekalkan perlindungan keselamatan untuk mencegah kehilangan dan penipuan, seperti mengenal pasti pengguna dan mengesahkan identiti pengguna.

  • Mengendalikan pertanyaan atau permintaan anda berkaitan peranti dan perkhidmatan, seperti menjawab pertanyaan pelanggan, menghantar pemberitahuan sistem dan aplikasi serta mengurus penyertaan anda dalam acara dan promosi (contohnya, cabutan bertuah).

  • Menjalankan aktiviti promosi yang berkaitan, seperti menyediakan bahan promosi dan pemasaran serta kemaskinian. Kami akan menjalankan aktiviti sedemikian berdasarkan persetujuan anda melainkan dinyatakan sebaliknya di bawah undang-undang yang terpakai. Jika anda tidak lagi ingin menerima jenis bahan promosi tertentu, anda boleh menarik balik persetujuan melalui kaedah yang diberikan dalam mesej (seperti pautan nyahlanggan di bahagian bawah mesej). Sila rujuk juga bahagian 9, “Apakah hak perlindungan data anda?” di bawah.

  • Tujuan dalaman seperti analisis data, penyelidikan dan pembangunan maklumat statistik yang berkaitan dengan penggunaan produk atau perkhidmatan kami untuk menambah baik produk atau perkhidmatan kami. Sebagai contoh, latihan pembelajaran mesin atau model algoritma dijalankan selepas proses penyahpengenalan data dilakukan.

  • Meningkatkan pengalaman pengguna melalui analisis data, perkakasan dan perisian, seperti menganalisis penggunaan memori atau penggunaan CPU aplikasi anda. Beberapa ciri yang memerlukan persetujuan pengguna, seperti Program Pengalaman Pengguna, membolehkan Xiaomi menganalisis data tentang cara pengguna menggunakan telefon mudah alih, perkhidmatan sistem Xiaomi dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh Xiaomi, bagi meningkatkan pengalaman pengguna, seperti melalui penghantaran laporan ranap sistem.

  • Menyimpan dan mengekalkan maklumat berkaitan dengan anda bagi operasi perniagaan kami (seperti statistik perniagaan) atau untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami.

  • Memberikan perkhidmatan dan kandungan yang diperibadikan, termasuk iklan. Untuk melindungi privasi anda, kami menggunakan pengecam unik dan bukannya nama, e-mel atau maklumat lain yang membolehkan anda dikenal pasti secara langsung, untuk memberikan anda produk, perkhidmatan dan aktiviti yang diperibadikan, termasuk pengiklanan.

    Kami mungkin menggabungkan maklumat ini dengan maklumat lain (termasuk maklumat merentas perkhidmatan atau peranti yang berbeza seperti komputer, telefon mudah alih, TV pintar dan peranti lain yang bersambung) untuk menyediakan dan menambah baik produk, perkhidmatan, kandungan dan pengiklanan kami.

    Contohnya, kami mungkin menggunakan butiran Akaun Xiaomi anda dalam semua perkhidmatan yang anda gunakan yang memerlukan Akaun Xiaomi. Selain itu, untuk meningkatkan pengalaman anda dan perkhidmatan kami, di samping mematuhi undang-undang dan peraturan berkaitan dan (jika diperlukan) dengan persetujuan anda, kami mungkin akan mengisih maklumat daripada produk, perkhidmatan, atau peralatan berbeza daripada anda atau berkaitan dengan anda untuk membentuk label, yang akan digunakan untuk menyediakan cadangan, kandungan tersuai dan ciri yang diperibadikan.

    Iklan diperibadikan boleh disediakan, sebagai contoh, berdasarkan aktiviti, penggunaan dan keutamaan anda yang berkaitan dengan aplikasi dan perkhidmatan kami. Kami mencipta profil dengan menganalisis maklumat yang dinyatakan di atas dan membentuk segmen (kumpulan yang mempunyai ciri khusus yang sama), serta memasukkan maklumat peribadi anda ke dalam satu atau lebih segmen. Pengiklanan bersasar hanya dilakukan dengan persetujuan anda, apabila diperlukan di bawah undang-undang yang terpakai.

    Berdasarkan sebab-sebab gabungan yang tersebut di atas dan keperluan undang-undang yang berkenaan, kami akan memberikan mekanisme kawalan khusus kepada anda untuk segmentasi dan pemperibadian tersebut. Anda berhak untuk mengawal sama ada anda ingin menerima pemasaran langsung daripada kami. **Untuk melaksanakan hak-hak ini, anda boleh menghidupkan atau mematikan ciri-ciri tersebut pada bila-bila masa melalui Tetapan > Kata laluan & keselamatan > Privasi > Perkhidmatan iklan atau Tetapan > Kata laluan & keselamatan > Keselamatan sistem > Perkhidmatan iklan, atau menghubungi kami melalui https://privacy.mi.com/support, atau merujuk kepada mekanisme kawalan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi Produk yang berkenaan bagi setiap produk. Sila rujuk juga bahagian 9, “Apakah hak perlindungan data anda?” di bawah.**

  • Menyediakan perkhidmatan secara setempat pada peranti terminal yang tidak memerlukan komunikasi dengan pelayan kami, seperti menggunakan Nota pada peranti anda apabila penyegerakan awan tidak didayakan.

Maklumat lanjut tentang cara produk atau perkhidmatan tertentu memproses maklumat peribadi boleh didapati pada halaman tetapan yang berkaitan atau Notis Privasi Produk yang berkenaan. Ketersediaan ciri tertentu mungkin berbeza mengikut negara atau rantau. Tambahan pula, ciri dan cara kami memproses maklumat peribadi bagi produk atau perkhidmatan yang sama mungkin berbeza bergantung pada negara atau rantau.

4. Bagaimanakah kami berkongsi maklumat peribadi anda?

Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan entiti berikut bagi tujuan yang dinyatakan di atas.

  • **Syarikat gabungan: **Syarikat gabungan Xiaomi yang lain. Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi dengan mereka hanya untuk tujuan yang khusus, jelas dan sah seperti pengukuran pengiklanan, penyelidikan dan pembangunan, logistik dan pemenuhan pesanan, serta perkhidmatan selepas jualan, keselamatan data, pengehosan awan dan perkhidmatan penyelenggaraan IT.

  • **Rakan perniagaan: **Pihak ketiga yang bekerjasama dengan kami untuk menyediakan perkhidmatan. Sebagai contoh, kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan jenis rakan kongsi perniagaan berikut:

    • penyedia ciri atau kandungan (cth., penyedia perkhidmatan peta untuk navigasi, penyedia data cuaca untuk perkhidmatan cuaca)
    • penyedia perkhidmatan produk atau teknikal (cth., penyedia perkhidmatan pembayaran, penyedia penghantaran dan logistik untuk pemenuhan pesanan)
    • rakan niaga pengiklanan, seperti rangkaian pengiklanan, platform dan penyedia pengukuran pengiklanan, yang membantu kami menyampaikan, mengukur dan menambah baik pengiklanan serta perkhidmatan yang berkaitan
    • pembangun pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan melalui platform kami
  • **Penyedia Perkhidmatan: **Syarikat yang dipilih dengan teliti yang menyediakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak kami, seperti perkhidmatan penjagaan pelanggan dan pusat hubungan, penyedia infrastruktur dan pengehosan awan, penyedia perkhidmatan analitik dan penyelidikan pasaran, serta penyedia perkhidmatan penyampaian pemasaran dan komunikasi. Mereka diwajibkan untuk memproses maklumat peribadi selaras dengan Dasar Privasi ini dan mengikut arahan kami. Mereka tidak boleh menggunakan maklumat peribadi yang kami kongsikan untuk tujuan mereka sendiri.

Selain itu, setakat yang diperlukan, Xiaomi akan mendedahkan maklumat peribadi yang berkaitan kepada pihak berkuasa awam, pengawal selia, mahkamah, tribunal atau agensi penguatkuasaan undang-undang yang berwibawa apabila dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai atau menurut proses undang-undang yang sah. Jika dibenarkan oleh undang-undang, kami akan menilai kesahan dan skop permintaan tersebut dan mendedahkan hanya maklumat peribadi yang perlu secara munasabah bagi tujuan sah yang berkaitan.

Apabila perlu dan dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, Xiaomi akan mendedahkan maklumat peribadi anda untuk membuat, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang, melindungi hak, harta, aset atau perkhidmatan kami, atau mencegah penipuan dan ancaman keselamatan.

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan akauntan, juruaudit, peguam atau penasihat profesional luar kami yang lain apabila perlu bagi membolehkan mereka memberikan nasihat atau perkhidmatan profesional. Penasihat sedemikian tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan profesional atau kewajipan kerahsiaan kontraktual.

Kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pelabur dan pihak ketiga lain yang berkaitan sekiranya berlaku penjualan sebenar atau berpotensi atau transaksi korporat lain yang berkaitan dengan entiti dalam Kumpulan Xiaomi, tertakluk kepada perlindungan kerahsiaan dan perlindungan data yang sesuai.

Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, memandangkan setiap produk atau perkhidmatan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri, sila lawati Notis Privasi Produk yang berkenaan bagi produk dan/atau perkhidmatan yang anda gunakan.

5. Apakah asas undang-undang untuk memproses maklumat peribadi anda?

Kami memproses maklumat peribadi anda hanya apabila kami mempunyai asas undang-undang yang sah di bawah undang-undang yang terpakai. Jika terpakai menurut undang-undang dalam bidang kuasa anda, asas undang-undang bagi pemprosesan maklumat peribadi anda di bawah Dasar Privasi ini adalah:

  • Untuk mematuhi kewajipan kontraktual. Apabila anda mencipta profil, mendaftar atau mengakses produk Xiaomi dan perkhidmatannya, tujuan pemprosesan maklumat peribadi anda terutamanya ditentukan oleh perkhidmatan dan kami akan memproses maklumat peribadi anda agar kami boleh menyediakan perkhidmatan itu kepada anda.

    Sila ambil perhatian bahawa anda wajib memberikan beberapa maklumat peribadi yang tertentu (cth. apabila ditandai sedemikian atau dengan asterisk). Jika anda tidak memberikan maklumat peribadi tersebut, kami mungkin tidak dapat memberikan produk atau perkhidmatan kami kepada anda.

  • Hasil daripada persetujuan anda. Dengan persetujuan anda, kami mungkin memproses maklumat peribadi yang anda berikan secara sukarela apabila anda menyertai aktiviti pilihan, seperti promosi.

  • Berdasarkan kewajipan undang-undang Xiaomi. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin dikehendaki oleh undang-undang untuk menyimpan atau memproses maklumat peribadi anda dengan cara lain. Dalam sesetengah kes (cth. untuk menyimpan maklumat peribadi anda sebagai hasil daripada pertikaian atau atas permintaan/pertanyaan pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data), pemprosesan maklumat peribadi anda akan diperlukan bagi kami untuk memenuhi kewajipan ini.

  • Dalam skop kepentingan yang sah. Kadang kala, dengan mempertimbangkan kesan privasi minimum terhadap anda, pemprosesan maklumat peribadi anda adalah perlu untuk kepentingan sah yang berikut:

    • Keselamatan sistem maklumat, keselamatan rangkaian dan keselamatan siber dalam Xiaomi.
    • Untuk meningkatkan keselamatan sistem, mencegah penipuan tapak web pancing data dan melindungi keselamatan akaun.
    • Operasi koperat, penilaian wajar, audit dalaman (secara khususnya, berkaitan keselamatan dan/atau privasi maklumat).
    • Pembangunan dan peningkatan produk (termasuk analisis dan pengoptimuman tetapan dan ciri Akaun Xiaomi).

    Sebagai contoh, untuk memastikan keselamatan perkhidmatan kami dan membantu kami memahami dengan lebih lanjut prestasi aplikasi kami, kami mungkin merekodkan maklumat yang berkaitan, seperti kekerapan penggunaan anda, maklumat log ranap, penggunaan keseluruhan, data prestasi dan sumber aplikasi. Untuk menghalang vendor yang tidak dibenarkan daripada membuka kunci peranti, kami mungkin mengumpulkan ID Akaun Xiaomi, nombor siri dan alamat IP komputer yang digunakan, serta nombor siri dan maklumat peranti telefon mudah alih anda.

6. Apakah perlindungan keselamatan kami untuk melindungi maklumat peribadi anda?

6.1 Perlindungan keselamatan Xiaomi

Kami komited dalam memastikan maklumat peribadi anda dilindungi. Untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran, pendedahan atau risiko lain yang serupa, kami telah menetapkan semua prosedur fizikal, elektronik dan pengurusan yang diperlukan oleh undang-undang untuk menjaga dan melindungi maklumat yang kami kumpulkan daripada anda. Kami akan memastikan bahawa kami melindungi maklumat peribadi anda mengikut undang-undang yang terpakai.

Contohnya, apabila anda mengakses Akaun Xiaomi anda, anda akan menggunakan program pengesahan dua langkah kami untuk keselamatan yang lebih baik jika akaun anda menghadapi risiko. Apabila anda menghantar atau menerima data daripada peranti Xiaomi anda ke pelayan kami, kami memastikan data itu disulitkan menggunakan Keselamatan Lapisan Pengangkutan ("TLS") dan algoritma lain.

Semua maklumat peribadi anda disimpan dalam pelayan selamat yang dilindungi dalam kemudahan terkawal. Kami mengelaskan data anda berdasarkan kepentingan dan kepekaan, dan memastikan maklumat peribadi anda menerima tahap keselamatan tertinggi. Kami mempunyai kawalan-kawalan akses khas untuk penyimpanan data berasaskan awan, dan kami kerap mengkaji amalan pengumpulan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat kami, termasuk langkah keselamatan fizikal, untuk melindungi daripada sebarang akses dan penggunaan yang tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa penggunaan Internet tidak selamat sepenuhnya dan atas sebab ini kami tidak dapat menjamin keselamatan atau integriti mana-mana maklumat peribadi yang dipindahkan daripada anda atau kepada anda melalui Internet.

Kami menjalankan usaha wajar pada rakan kongsi perniagaan dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk memastikan bahawa mereka dapat melindungi maklumat peribadi anda. Kami juga memeriksa bahawa piawaian keselamatan yang sesuai dikekalkan oleh pihak ketiga dengan meletakkan sekatan kontrak yang sesuai dan jika perlu menjalankan audit dan penilaian. Selain itu, pekerja kami, rakan kongsi perniagaan kami dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang mengakses maklumat peribadi anda adalah tertakluk pada kewajipan kontraktual bagi kerahsiaan yang boleh dikuatkuasakan. Kami menjalankan kursus latihan dan ujian perlindungan keselamatan dan privasi untuk meningkatkan kesedaran pekerja kami tentang kepentingan melindungi maklumat peribadi. Kami akan menjalankan semua langkah praktikal dan diperlukan dari segi undang-undang untuk melindungi maklumat peribadi anda.

Jika berlaku pelanggaran maklumat peribadi, kami akan mematuhi keperluan undang-undang di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai, termasuk memaklumkan tentang pelanggaran tersebut kepada pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data yang berkaitan dan subjek data, jika diperlukan.

6.2 Perkara yang boleh anda lakukan

Anda boleh menetapkan kata laluan unik untuk perkhidmatan Xiaomi dengan tidak mendedahkan kata laluan log masuk atau maklumat akaun anda kepada sesiapa (melainkan orang tersebut telah diberi kuasa dengan sewajarnya oleh anda) untuk mengelakkan kebocoran kata laluan ke laman web lain yang boleh memudaratkan keselamatan akaun anda di Xiaomi. Jika boleh, jangan dedahkan kod pengesahan yang anda terima kepada sesiapa pun (termasuk mereka yang mendakwa sebagai perkhidmatan pelanggan Xiaomi). Setiap kali anda log masuk sebagai pengguna Akaun Xiaomi di Platform ini, terutamanya di komputer orang lain atau di terminal Internet awam, anda harus sentiasa log keluar pada akhir sesi anda. Xiaomi tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kekurangan keselamatan yang disebabkan oleh akses pihak ketiga kepada maklumat peribadi anda akibat kegagalan anda menyimpan maklumat anda secara peribadi. Walau apa-apa pun yang dinyatakan di atas, anda hendaklah memberitahu kami dengan segera jika terdapat penggunaan atau akses yang tidak dibenarkan kepada akaun anda oleh sebarang pengguna Internet lain atau sebarang pencerobohan keselamatan yang lain. Bantuan anda akan membantu kami melindungi privasi maklumat peribadi anda.

6.3 Mengakses ciri lain pada peranti anda

Aplikasi kami mungkin mengakses ciri tertentu pada peranti anda. Maklumat ini digunakan untuk membolehkan aplikasi berfungsi pada peranti anda dan membolehkan anda berinteraksi dengan aplikasi. Pada bila-bila masa, anda boleh membatalkan kebenaran anda dengan mematikannya di peringkat peranti atau menghubungi kami di https://privacy.mi.com/support.

7. Berapa lamakah maklumat peribadi anda akan disimpan?

Pada amnya, kami mengekalkan maklumat peribadi untuk tempoh yang perlu bagi tujuan yang diterangkan dalam dasar privasi kami, atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai. Kami akan menghentikan pengekalan dan memadamkan atau menyahnamakan maklumat peribadi selepas tujuan pengumpulan itu dipenuhi atau selepas kami mengesahkan permintaan anda untuk pemadaman atau selepas kami menamatkan operasi perkhidmatan yang berkenaan, kecuali apabila diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, dalam hal itu, maklumat peribadi anda akan diasingkan dan tidak akan diproses lagi kecuali untuk memenuhi tanggungjawab undang-undang dan tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai. Dalam keadaan tersebut, maklumat peribadi anda boleh disediakan secara eksklusif kepada pihak yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan. Sebaik sahaja tempoh pengekalan tersebut berlalu, maklumat peribadi berkenaan akan dipadam atau dinyahnamakan.

8. Bagaimanakah cara anda mengurus keutamaan privasi anda?

Kami memahami bahawa kebimbangan privasi bagi setiap orang adalah berbeza. Oleh itu, kami memberikan contoh cara anda boleh mengehadkan pengumpulan, penggunaan, pendedahan atau pemprosesan lain terhadap maklumat peribadi anda dan mengawal tetapan privasi anda:

  • Lihat dan kemas kini maklumat keselamatan akaun anda, maklumat peribadi, kebenaran dan pengurusan peranti pada peranti anda dalam Tetapan > Akaun Xiaomi, atau dengan mendaftar masuk di https://account.xiaomi.com;
  • Lihat dan kemas kini maklumat anda dalam akaun Platform ini dalam Akaun Saya > Edit maklumat;
  • Kemas kini keutamaan pemberitahuan anda dalam akaun Platform ini dalam Akaun Saya > Keutamaan Pemberitahuan;
  • Pembatalan perkhidmatan atau akaun. Jika anda ingin membatalkan Akaun Xiaomi anda, anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah dalam Tetapan > Akaun Xiaomi > Bantuan > Padamkan Akaun, atau dengan melawati https://account.xiaomi.com;
  • Jika anda sebelum ini bersetuju untuk kami menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan dalam dasar privasi yang berkaitan, termasuk Dasar Privasi ini dan Notis Privasi Produk yang terpakai, anda boleh mengubah fikiran anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami di https://privacy.mi.com/support.

Sila ambil perhatian bahawa pembatalan akaun atau profil Xiaomi anda akan menghalang anda menggunakan seluruh tawaran produk Xiaomi dan perkhidmatan yang berkaitan. Untuk melindungi anda atau hak dan kepentingan sah orang lain, kami akan menilai sama ada permintaan anda untuk membuat pembatalan akan disokong atau tidak berdasarkan penggunaan anda terhadap pelbagai jenis produk dan perkhidmatan Xiaomi.

9. Apakah hak perlindungan data anda?

Anda mempunyai hak tertentu terhadap maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda (dirujuk di sini sebagai "permintaan"). Sila ambil perhatian bahawa bergantung pada lokasi anda, hak ini akan tertakluk pada pengecualian dan pengecualian khusus di bawah undang-undang tempatan yang berkenaan:

  • Hak untuk mengakses/mendapatkan laporan yang memperincikan maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda. Salinan data peribadi anda yang kami proses akan diberikan secara percuma kepada anda apabila diminta. Untuk sebarang permintaan tambahan bagi maklumat berkaitan, kami boleh mengenakan caj berpatutan berdasarkan kos pentadbiran sebenar mengikut undang-undang yang terpakai. Dalam sebarang keadaan, sila ambil perhatian bahawa anda boleh log masuk ke Akaun Xiaomi dan/atau Platform ini untuk menyemak beberapa maklumat peribadi anda yang kami simpan.
  • Hak untuk membetulkan maklumat peribadi anda. Jika mana-mana maklumat yang kami simpan tentang anda adalah salah atau tidak lengkap, anda berhak membetulkan atau melengkapkan maklumat peribadi anda berdasarkan tujuan penggunaan. Harap maklum bahawa anda juga boleh log masuk ke Akaun Xiaomi dan/atau Platform ini untuk membetulkan sesetengah data anda.
  • Hak untuk memadamkan maklumat peribadi anda. Berdasarkan keperluan undang-undang berkaitan, anda berhak untuk meminta pemadaman atau penghapusan maklumat peribadi anda apabila tiada sebab yang meyakinkan untuk kami terus menggunakan maklumat tersebut. Kami akan mempertimbangkan sebab permintaan pemadaman anda dan mengambil langkah yang munasabah, termasuk langkah teknikal, untuk meneruskan pemadaman maklumat peribadi anda. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin tidak dapat mengalih keluar maklumat dengan serta-merta daripada sistem sandaran disebabkan oleh undang-undang berkenaan (contohnya, apabila perlu untuk mengekalkan maklumat peribadi anda bagi kemungkinan tuntutan yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi sedemikian) dan/atau pengehadan teknologi. Jika keadaan ini berlaku, kami akan menyimpan maklumat peribadi anda dengan selamat dan mengasingkan maklumat tersebut daripada sebarang pemprosesan lanjut sehingga maklumat tersebut boleh dipadamkan atau dijadikan tanpa nama.
  • Hak untuk membantah pemprosesan maklumat peribadi anda. Anda berhak membantah pemprosesan maklumat peribadi anda yang berdasarkan kepentingan sah Xiaomi, atau sebab undang-undang lain yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, atas dasar yang berkaitan dengan situasi anda. Jika anda membantah pemprosesan sedemikian, kami tidak akan lagi memproses data anda untuk sebab dan tujuan ini melainkan kami dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai. Anda juga mempunyai hak untuk membantah pemprosesan untuk pemasaran langsung pada bila-bila masa di bawah undang-undang yang terpakai, dan kami akan menghentikan pemprosesan sedemikian.
  • Hak untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda. Anda berhak untuk mengehadkan pemprosesan kami terhadap maklumat peribadi anda, contohnya apabila pemprosesan itu tidak sah mengikut kefahaman anda tetapi anda menolak pemadaman maklumat peribadi anda. Dalam keadaan tersebut, maklumat peribadi anda hanya akan diproses dengan persetujuan anda, untuk pelaksanaan atau pertahanan tuntutan undang-undang atau untuk/menurut tujuan perundangan lain/sebab yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.
  • Hak untuk kemudahalihan data. Dalam sesetengah keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang, anda berhak menerima maklumat peribadi berkenaan anda dalam format yang tersusun, biasa digunakan dan boleh dibaca oleh mesin dan/atau memindahkan maklumat peribadi tersebut kepada pengawal data lain.
  • Hak untuk menarik balik persetujuan. Dalam keadaan yang persetujuan anda diperlukan untuk pemprosesan maklumat peribadi anda, anda boleh menarik balik persetujuan tersebut pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda menarik balik persetujuan anda, anda mungkin tidak dapat terus menggunakan Platform ini dan perkhidmatan yang berkaitan dan/atau mengakses maklumat atau ciri tertentu. Penarikan balik persetujuan atau kebenaran anda tidak akan menjejaskan kesahan pengumpulan dan pemprosesan kami yang dilakukan berdasarkan persetujuan sehingga waktu penarikan diri.
  • Hak lain menurut undang-undang yang berkenaan.

Harap maklum bahawa anda juga boleh mengakses, mengemaskini dan memadamkan sesetengah butiran berkaitan dengan maklumat peribadi tertentu dalam akaun anda di Platform ini, dalam Akaun Xiaomi anda di https://account.xiaomi.com atau dengan log masuk ke Akaun Xiaomi anda pada peranti anda. Untuk maklumat lanjut, sila tulis kepada kami atau hubungi kami melalui https://privacy.mi.com/support.

10. Bagaimanakah cara menggunakan hak perlindungan data anda dan menghubungi kami?

Jika anda mempunyai sebarang komen atau pertanyaan tentang Dasar Privasi ini atau sebarang pertanyaan berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan atau pendedahan maklumat peribadi anda oleh Xiaomi, atau anda ingin melaksanakan hak perlindungan data anda mengikut Bahagian di atas, sila hubungi kami dengan melawati https://privacy.mi.com/support atau melalui alamat berikut (permintaan anda perlu dibuat secara bertulis). Apabila kami menerima soalan mengenai maklumat peribadi atau permintaan untuk memuat turun atau mengakses item, kami mempunyai pasukan profesional yang mengendalikan hal tersebut, termasuk Pegawai Perlindungan Data (DPO), yang boleh dihubungi melalui https://privacy.mi.com/support, atau di alamat pos di bawah. Jika pertanyaan anda sendiri melibatkan isu penting, kami mungkin meminta maklumat lanjut daripada anda. Jika anda menghubungi kami, kami akan memberikan maklumat tentang saluran aduan relevan yang mungkin berkaitan berdasarkan situasi sebenar anda.

  • Bagi pengguna yang berada di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), UK dan Switzerland (CH):

Xiaomi Technology Netherlands B.V., Prinses Beatrixlaan 39, 2595 AM, The Hague, Netherlands

  • Untuk pengguna yang berada di India:

Xiaomi Technology India Private Limited, Building Orchid, Block E, Embassy Tech Village, Outer Ring Road, Devarabisanahalli, Bengaluru, Karnataka - 560103, India

Sebarang percanggahan dan ketidakpuasan hati berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi yang sensitif atau maklumat hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai Siasatan Rayuan yang dilantik seperti yang dinyatakan di bawah:

Nama: Vishwanath C

Telefon: 080 6885 6286, Isn-Sab 9 PG hingga 6 PTG

E-mel: grievance.officer@xiaomi.com

  • Untuk pengguna yang berada di negara/wilayah lain:

Xiaomi Technologies Singapore Pte. Ltd. 1 Fusionopolis Link #04-02/03 Nexus@one-north, Singapore 138542

Sila pastikan anda memberikan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan Xiaomi mengesahkan identiti anda dan memastikan anda adalah subjek data atau orang yang dibenarkan secara sah untuk bertindak bagi pihak subjek data. Sebaik sahaja kami memperoleh maklumat yang mencukupi untuk mengesahkan bahawa permintaan anda boleh diproses, kami akan memberikan respons terhadap permintaan anda dalam rangka masa yang ditetapkan mengikut undang-undang perlindungan data berkenaan.

Kami berhak untuk menolak permintaan proses yang tidak bermakna, secara jelasnya tidak berasas atau keterlaluan, permintaan yang menjejaskan hak privasi orang lain, permintaan yang amat tidak realistik dan permintaan yang memerlukan kerja teknikal yang tidak seimbang, serta permintaan yang tidak dikehendaki di bawah undang-undang tempatan, tentang maklumat yang telah dipaparkan kepada orang awam dan berkenaan maklumat yang diberikan mengikut syarat sulit. Jika kami yakin bahawa aspek tertentu permintaan untuk memadamkan atau mengakses maklumat boleh menyebabkan ketidakupayaan kami untuk menggunakan data secara sah untuk tujuan antipenipuan dan keselamatan yang disebut sebelum ini, permintaan berkenaan juga akan ditolak. Kami akan memaklumi anda tentang keputusan untuk tidak memproses permintaan anda dan sebab keputusan ini jika dikehendaki oleh undang-undang berkenaan, sekiranya berlaku keadaan sedemikian, kami akan memaklumi anda dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah undang-undang berkenaan.

Jika anda tidak berpuas hati dengan respons yang anda terima, anda boleh mengajukan kebimbangan kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan dalam bidang kuasa anda.

11. Bagaimanakah maklumat peribadi anda dipindahkan secara global?

Xiaomi memproses dan menyandarkan maklumat peribadi melalui infrastruktur operasi dan kawalan global. Entiti Xiaomi yang mengawal maklumat peribadi anda mungkin berbeza bergantung pada tempat kediaman anda dan produk atau perkhidmatan khusus yang anda gunakan. Jika berkaitan, butiran lanjut akan disediakan dalam Notis Privasi Produk yang berkenaan.

Penggunaan perkhidmatan kami oleh anda mungkin melibatkan pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda di dalam dan di luar negara tempat tinggal anda apabila perlu untuk mencapai tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, Notis Privasi Produk yang berkenaan dan undang-undang yang terpakai. Xiaomi menggunakan infrastruktur pengehosan data serantau yang terletak di India, Belanda, Rusia dan Singapura untuk menyokong produk dan perkhidmatan kami yang ditawarkan di luar Tanah Besar China.

Lokasi pengehosan ditentukan berdasarkan rantau tempat perkhidmatan yang berkaitan disediakan. Terutamanya:

  • Maklumat peribadi yang kami kumpulkan dan hasilkan dalam operasi di Rusia disimpan di pusat data yang terletak di Rusia.
  • Maklumat peribadi yang kami kumpulkan dan hasilkan dalam operasi di India disimpan di pusat data yang terletak di India.
  • Maklumat peribadi yang kami kumpulkan dan hasilkan dalam operasi di EEA/UK/CH disimpan di pusat data yang terletak di Belanda.
  • Maklumat peribadi yang kami kumpulkan dan hasilkan dalam operasi di kawasan selain daripada rantau-rantau yang dinyatakan di atas disimpan di pusat data yang terletak di Singapura.
  • Xiaomi juga memindahkan maklumat peribadi kepada syarikat gabungan, penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan rakan kongsi perniagaan yang terletak di luar rantau tempat maklumat itu dihoskan, untuk tujuan yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini dan Notis Privasi Produk yang berkenaan.
  • Apabila Xiaomi memindahkan maklumat peribadi ke luar wilayah tempat maklumat tersebut dihoskan, sama ada kepada syarikat bersekutu, penyedia perkhidmatan pihak ketiga atau rakan kongsi perniagaan, kami mematuhi undang-undang perlindungan data yang terpakai. Kami memastikan bahawa semua pemindahan tersebut tertakluk pada mekanisme pemindahan yang sah di sisi undang-undang dan langkah teknikal serta organisasi yang sewajarnya, seperti penyamaran nama samaran (pseudonimisasi), penyulitan, kawalan akses dan penilaian keselamatan secara berkala, bagi melindungi maklumat anda semasa penghantaran dan sepanjang pemprosesan seterusnya. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai langkah perlindungan yang terpakai terhadap maklumat peribadi anda dengan menghubungi kami di https://privacy.mi.com/support.

12. Bagaimanakah kami melindungi maklumat peribadi individu di bawah umur?

Kami komited dalam memastikan maklumat peribadi kanak-kanak bawah umur dilindungi. Ibu bapa dan penjaga digalakkan untuk membimbing dan menyelia penggunaan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami, dan kami akan memproses maklumat peribadi kanak-kanak bawah umur serta menyediakan perlindungan yang sesuai mengikut undang-undang yang terpakai.

Jika anda ialah ibu bapa atau penjaga dan percaya bahawa kanak-kanak bawah umur telah memberikan maklumat peribadi kepada Xiaomi tanpa kebenaran yang sewajarnya, sila hubungi kami melalui https://privacy.mi.com/support. Kami akan mengkaji perkara tersebut dan mengambil langkah-langkah yang sesuai, termasuk memadam maklumat tersebut sekiranya dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai.

13. Adakah anda harus bersetuju dengan sebarang terma dan syarat pihak ketiga?

Dasar Privasi kami tidak terpakai untuk produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga. Bergantung pada perkhidmatan yang anda gunakan, sesetengah produk dan perkhidmatan kami mungkin merangkumi produk atau perkhidmatan pihak ketiga seperti perkhidmatan pemprosesan pembayaran. Sesetengah daripadanya akan disediakan dalam bentuk pautan ke laman web pihak ketiga, manakala sesetengah yang lain boleh diakses dalam bentuk SDK, API dan sebagainya. Maklumat anda juga mungkin dikumpulkan oleh pihak ketiga tersebut apabila anda menggunakan produk atau perkhidmatan ini. Atas sebab ini, kami amat menyarankan agar anda meluangkan masa untuk membaca dasar privasi pihak ketiga tersebut. Dasar Privasi ini tidak terpakai kepada maklumat peribadi yang diproses secara bebas oleh pihak ketiga tersebut. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak dapat mengawal cara pihak ketiga menggunakan maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh mereka daripada anda.

14. Bagaimanakah kami mengemaskinikan Dasar Privasi ini?

Kami mengkaji Dasar Privasi ini secara berkala berdasarkan perubahan dalam perniagaan kami, teknologi dan undang-undang yang terpakai serta amalan baik, dan kami mungkin mengemaskini Dasar Privasi ini. Jika kami membuat perubahan penting pada Dasar Privasi ini, kami akan memaklumkan kepada anda melalui tetingkap timbul atau melalui e-mel yang dihantar ke alamat e-mel yang sepadan dengan akaun Xiaomi anda atau melalui cara lain yang sah dan sedia ada, supaya anda boleh mengetahui maklumat yang kami kumpulkan dan cara kami menggunakannya. Perubahan sedemikian terhadap Dasar Privasi ini akan terpakai mulai tarikh kuat kuasa seperti yang dinyatakan dalam notis di atas. Kami menggalakkan anda untuk menyemak halaman ini secara berkala untuk mendapatkan maklumat terkini tentang amalan privasi kami. Sekiranya dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, kami akan mendapatkan persetujuan jelas daripada anda apabila kami mengumpulkan lebih banyak maklumat peribadi daripada anda atau apabila kami ingin menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda untuk tujuan baharu.

Adendum untuk Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom dan Switzerland (EEA/UK/CH)

Addendum ini melengkapi Dasar Privasi Am Xiaomi (“Dasar Privasi”) dan terpakai kepada anda jika anda bermastautin di Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), United Kingdom (“UK”) atau Switzerland (“CH”). Ia menyediakan maklumat tambahan yang diperlukan di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Adendum ini mengatasi Dasar Privasi, yang sebaliknya terpakai bagi perkara yang tidak dinyatakan dalam Adendum ini.

Pengawal data

Jika anda menetap di EEA, UK atau Switzerland, Xiaomi Technology Netherlands B.V. dan Xiaomi Communications Co., Ltd. akan bertindak sebagai pengawal data bersama bagi aktiviti pemprosesan yang mana kedua-dua entiti tersebut secara bersama menentukan tujuan dan cara utama pemprosesan berkenaan. Maklumat peribadi anda juga boleh diakses secara jarak jauh dari Tanah Besar China melalui saluran akses yang terhad dan selamat, dan setakat yang diperlukan sahaja untuk tujuan tertentu, seperti penyelesaian masalah teknikal khusus kepada kes dan pengendalian permintaan perkhidmatan selepas jualan.

Bagi anda di UK, wakil UK kami ialah:

Xiaomi Technology UK Limited, dengan alamat berdaftar di Us & Co Stratford, Floor BR 40-11-12-13-14 11 Burford Road London, England E15 2ST

Bagi anda di Switzerland, wakil Switzerland kami ialah:

Xiaomi Technology Switzerland GmbH, dengan alamat berdaftar di Thurgauerstrasse 101, 8152 Glattpark (Opfikon).

Asas Undang-undang untuk Pemprosesan

Kami hanya memproses maklumat peribadi anda apabila kami mempunyai asas undang-undang yang sah. Jadual di bawah menyenaraikan tujuan pemprosesan maklumat peribadi anda, asas undang-undang yang berkaitan dan, sekiranya kami bergantung pada kepentingan sah, kepentingan khusus yang ingin kami capai.

Pemindahan Data Antarabangsa

Untuk menyokong operasi kami di EEA/UK/CH:

  • Sesetengah syarikat dalam kumpulan korporat kami mungkin menyokong operasi kami di EEA, UK dan Switzerland. Xiaomi Technologies Singapore Pte. Ltd. bertindak sebagai pemproses dalam kumpulan dan memproses maklumat peribadi bagi pihak dan di bawah arahan pengawal data yang berkenaan. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan, seperti penyelenggaraan pelayan dan infrastruktur serta sokongan teknikal. Pemindahan sedemikian hanya dibenarkan apabila perlu, tertakluk pada protokol kebenaran dalaman dan kawalan akses yang ketat.
  • Kami memindahkan maklumat peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan rakan niaga yang terletak di luar EEA/UK/CH bagi membolehkan penyediaan perkhidmatan yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini atau Notis Privasi Produk yang berkenaan. Disebabkan perbezaan antara produk dan perkhidmatan kami, butiran khusus pemindahan ini (termasuk penerima, negara dan mekanisme undang-undang) berbeza-beza.

Apabila kami memindahkan maklumat peribadi dari EEA/UK/CH ke negara-negara di luar EEA/UK/CH, kami bergantung pada mekanisme undang-undang berikut, mengikut kesesuaian:

  • Keputusan Kecukupan: European Commission, UK Government dan Swiss Federal Council masing-masing telah mengiktiraf negara tertentu sebagai negara yang menyediakan tahap perlindungan data yang mencukupi. Bagi sesetengah produk atau perkhidmatan, kami mungkin memindahkan data kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga tertentu atau rakan kongsi perniagaan di negara-negara tersebut berdasarkan keputusan ini. Sila rujuk Notis Privasi Produk yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Klausa Kontrak Standard (SCC): Sekiranya tiada keputusan kecukupan, kami biasanya bergantung pada klausa kontrak standard yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah sebagai perlindungan utama. Klausa ini (serta klausa setara yang diluluskan bagi UK dan CH) digunakan untuk pemindahan data dan akses jarak jauh yang terhad kepada entiti kumpulan kami di luar EEA/UK/CH, yang dengannya kami telah memeterai SCC. Entiti-entiti ini terletak di Singapura dan Tanah Besar China. Pemindahan ke Tanah Besar China hanya melibatkan akses jarak jauh yang terhad dan selamat. SCC juga digunakan untuk pemindahan kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga atau rakan kongsi perniagaan tertentu; jika ini berlaku, ia akan dinyatakan dalam Notis Privasi Produk yang berkenaan. Bagi semua pemindahan data yang berasaskan perlindungan kontrak, kami menilai undang-undang dan amalan di negara destinasi serta melaksanakan langkah tambahan apabila diperlukan, termasuk pseudonimisasi, penyulitan, kawalan akses terperinci dan pemantauan berterusan, bagi memastikan tahap perlindungan yang mencukupi.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang perlindungan yang berkaitan, termasuk salinan SCC, dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di https://privacy.mi.com/support.

Aduan

Anda berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data tempatan anda. Anda boleh mendapatkan senarai pihak berkuasa EEA di sini. Di UK, anda boleh membuat aduan kepada Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (ICO); di Switzerland, kepada Pesuruhjaya Persekutuan untuk Perlindungan Data dan Maklumat (FDPIC). Anda juga boleh menyuarakan kebimbangan anda terus kepada pasukan perlindungan data kami di https://privacy.mi.com/support atau menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami menggunakan butiran yang dinyatakan di bawah.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Adendum ini atau ingin menjalankan hak anda, anda boleh menghubungi kami dan Pegawai Perlindungan Data (DPO) kami di:

  • Dalam talian: https://privacy.mi.com/support
  • Alamat pos: Prinses Margrietplantsoen 39, 2595 AM, The Hague, Belanda